Zahir merupakan anak lelaki yang kedua dan paling rapat dengan aku. Sejak kecil lagi aku memberi lebih perhatian kepadanya kerana dia merupakan kanak-kanak istimewa. Zahir seorang yang pendiam walaupun semasa kecilnya seorang yang aktif manakala pergaulannya terbatas kepada beberapa orang kawan sahaja. Seperti anak-anak yang lain, aku selalunya menguji mereka dengan menyuruh menyebut ABC sehingga Z dan membilang. Zahir menyebutnya dengan lancar. Jadi pada anggapan aku dia tidak mempunyai masalah pembelajaran. Semasa di dalam darjah dua, aku dapati beliau tidak mengenal huruf dan langsung tidak boleh membaca. Aku suami isteri merasa khuatir kerana sepatutnya dalam usia 8 tahun, rata-rata kanak-kanak sebayanya sudah boleh membaca.
Aku suami-isteri membuat temujanji dengan doktor pakar kanak-kanak di HKL dan selepas beberapa ujian, Zahir disahkan oleh doktor pakar mempunyai masalah yang dikenali sebagai 'dyslexia.' Selepas berbincang dengan doktor pakar itu, maka beliau mengesyorkan agar anakku itu ditempatkan di sekolah khas. Pesakit dyslexia itu tiada ubatnya. Sebaik sahaja mendapat surat sokongan dari doktor pakar, maka bergegas kami ke Pejabat Pelajaran WP di Titiwangsa. Borang permohonan diisi dan surat pun dikeluarkan oleh Pegawai Pelajaran untuk diberikan ke sekolah bagi penempatan semula ke kelas khas di bawah program bermasalah pembelajaran. Menurut Pegawai Pelajaran, mungkin Zahir dapat dipulihkan pembelajarannya dalam tempuh yang singkat di antara 6 bulan hingga satu tahun sahaja. Alangkah lega rasa kami suami-isteri dan memberi harapan agar Zahir dapat membaca dan mengira.
Selepas satu tahun di kelas khas, aku dapati tiada perubahan ke atas Zahir. Dia masih lagi merangkak-rangkak untuk membaca. Aku sedapkan hati tak apalah mungkin dia memerlukan sedikit masa lagi. Masuk tahun kedua, Zahir dilantik sebagai pengawas sekolah dan diberi tugas membantu guru dalam menjaga pelajar-pelajar yang termasuk ke dalam golongan 'down syndrome'. Masanya banyak dalam aktiviti ini manakala guru-guru pula sibuk memberi pendidikan dalam pengendalian diri untuk pelajar-pelajar 'down syndrome' ini. Tumpuan untuk kanak-kanak seperti Zahir yang cuma beberapa orang ini diabaikan.
Hati isteriku tambah terguris, apabila dalam satu perjumpaan tahunan diantara ibubapa dan guru; seorang guru yang juga penyelaras program kelas khas memberitahu isteriku bahawa kanak-kanak seperti Zahir hanya layak jadi budak 'despatch' sahaja. Mereka ini tidak dapat menerima pembelajaran yang diberikan. Nampak sangat yang guru ini tiada ilmu tentang kanak-kanak dyslexic kerana berapa ramai orang yang ternama dan terkenal di dunia merupakan pesakit dyslexia seperti Albert Einstein, Lee Kuan Yew, Tom Cruise dll. Kanak-kanak dyslexic di sebelah negara barat, ramai yang berjaya kerana mempunyai guru-guru yang berkelayakan dan berkebolehan dalam pendidikan kanak-kanak seperti ini. Nampak gayanya kerajaan kita kurang peka di dalam pendidikan segelintir kanak-kanak seperti ini. Ini merupakan satu penafian dalam mendapat ilmu serta satu kerugian besar dalam modal insan kerana kanak-kanak dyslexic ini bukan kanak-kanak yang mengalami 'intelectual disability.'
Dyslexia adalah satu terma bagi individu-individu yang bermasalah pembelajaran, di mana manifestasi masalah ini adalah kesukaran untuk membaca dan mengeja. Sekiranya mereka ini dapat memperbetulkan persepsi tentang huruf-huruf yang dilihat oleh mereka dengan betul; maka masalah pembelajaran ini boleh diselesaikan dengan mudah. Kaedah-kaedah yang digunapakai selalunya di dalam kerangka kekuatan imaginasi dan kreativiti individu-individu dyslexic ini. Mereka ini adalah individu-individu yang mempunyai visual multi-dimensional, intuitif dan kreativiti yang tinggi serta mahir dalam pelajaran yang 'hands-on.' Selalunya individu dyslexic mempunyai bakat semulajadi di dalam beberapa cabang seni seperti musik, melukis dan berlakon. Zahir juga berkemampuan di dalam seni lukisan dan semasa di sekolah rendah, dia selalu memenangi peraduan mewarna di peringkat sekolah dan zon WP. Zahir juga boleh bermain piano dan membaca not-not musik.
Setelah menimbangkan perkembangan Zahir selama dua tahun di kelas khas itu, kami suami-isteri dapati terlalu sedikit perubahannya. Maka terpaksalah kami membuat keputusan drastik bagi masa depan Zahir ini. Peperiksaan UPSR tinggal satu tahun lagi, maka sudah terbayang akan kegagalannya. Kami sudah tidak yakin lagi dengan sekolah bantuan penuh kerajaan. Zahir perlukan guru yang boleh memberi tumpuan sepenuhnya. Kami sepakat menghantar Zahir ke sekolah swasta iaitu School of Tahfiz Al-Quran Arabic Malaysia (STAM) di Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Maka bermulalah episod pembelajaran Zahir di STAM dan kami dapat lihat dia mula bergaul dengan lebih ramai kawan sebayanya. Peningkatannya dapat dilihat dengan jelas dan apa yang menariknya, Zahir sudah boleh membaca rumi dan jawi dengan agak lancar. Syukur kehadrat Allah SWT. Hari peperiksaan UPSR pun sampai dan Zahir mengambil peperiksaan itu.
Ketika keputusan peperiksaan UPSR diumumkan, kami suami-isteri merasakan Zahir cuma boleh lulus beberapa subjek sahaja. Keputusan Zahir agak memeranjatkan kerana dia lulus semua kertas ujiannya 3C2D walaupun tiada A atau B, kami tetap bersyukur kerana Zahir berjaya membuktikan dia bukanlah seorang yang 'hopeless.'
Bagi meneruskan proses pembelajaran dia, kami merancangkan agar Zahir meneruskan pembelajaran hafazan Al-Quran secara lebih fokus tanpa ada bebanan subjek-subjek lain dalam ertikata lain 'sekolah pondok.' Maka kami masukkan dia ke MAWADAH di Langkap, Perak. Walaupun berat hati untuk melepaskan dia tinggal berjauhan dengan keluarga, masa depannya lebih diutamakan.
Ya Allah Tuhan Semesta Alam,
Kau lapangkan dada anakku,
Kau berikan kekuatan daya ingatan mindanya,
Kau bersihkan hatinya,
Kau lembutkan lidahnya untuk membaca ayat-ayat sucimu Ya Allah.
Ya Allah Kau berikan kejayaan dunia dan akhirat kepada anakku ini,
Amin Ya Rabbal Alamin.
salam uncle, I am proud with the decission you and your wife made=) your child sure is a lucky child, eventhough he has some dissability, he has been given a valuable opportunity that even normal people could do it, to be a hafiz, alhamdulillah.
May I know more about the disease please. Does Albert einstein 'pelat' caused by the same disease as well? Sorry if I am wrong
Posted by: Fatihah | 02/17/2009 at 02:28 AM
Fatihah, dyslexic individual 'memang pelat sikit' because they see the distorted letters and words. Some says Albert Einstein is not a dyslexic person but he only managed to talk at the age of 4 and read at the age of 9. Majority considered him as a dyslexic individual. You could get more info on dyslexia from various websites such as www.dyslexiamylife.org
Posted by: ARIF JAIS | 02/17/2009 at 11:34 AM
thank you for the reply uncle=)
Posted by: Fatihah | 02/17/2009 at 05:07 PM
salam brother arif, anak saya lebih kurang sama keadaannya.
sekarang masih di sekolah sk.
bersyukur dapat baca artikle anda dan
akan pergi ke STAM to find out more.
Posted by: a.rahman lim | 03/24/2009 at 11:15 AM
A. Rahman,
Ada Persatuan Dyslexia WP yang beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa yg mana mereka memang mengadakan kelas untuk dyslexic. Sila hubungi mereka 03-40255109 dan dpt penjelasan lanjut. Wassalam.
Posted by: ARIF JAIS | 03/27/2009 at 11:15 AM
Dyslexia most certainly is treatable (but maybe last time not available in Malaysia). Check out Kidzgrow. You can also read my blog at Health Bites.
Posted by: PS | 06/25/2009 at 03:36 PM
[this is good]
salam bro. arif, how is zahir at mawadah ? hope that he is well over there.
i have just sent my son amir to stam kajang 2 weeks ago, and alhamdullilah he has got to like the new school and new experience of hoste life. i am grateful to you in getting to know that there this school which did a wonderful job in zahir's life through yor blog.
Posted by: a.rahman lim | 12/28/2009 at 11:23 PM
Alhamdulillah, Zahir is progressing and already hafaz 3 juzuk of Surah Al-Baqarah. Berkat doa ibubapa, your son should be able to progress too. Our kids needs our special attention and constant supervision. Salam.
Posted by: ARIF JAIS | 12/31/2009 at 11:02 AM
Glad to know that. Salam
Posted by: a.rahman lim | 12/31/2009 at 11:49 AM
[this is good] Salam Tuan,
Anak saya Syabil Iman dyslexia. Alhamdulillah dia sudah boleh membaca. Kami hantar dia ke kelas khas setiap hujung minggu di USJ, Subang Jaya. Banyak peningkatan dalam membaca rumi. Alhamdulillah.
Untuk pengetahuan Tuan, Syabil kami hantar ke Sekolah Agama Integrasi swasta.
Bab hafazan dia sangat mengagumkan. Dia kini sedang menghafaz surah
Ar-Rahman.
Cuma saya sedikit runsing mengenai pembacaan jawi dan Al-Qurannya. Saya masih mencari kaedah yang sesuai untuk dia dapat membaca jawi dan Quran dengan lancar. Mungkin Tuan boleh memberi cadangan.
Terima Kasih
Posted by: izinni | 04/13/2010 at 04:29 PM
Puan dah buat yang terbaik kerana berjaya membuat dia boleh membaca rumi dgn lancar dan baik. Teruskan usaha itu. Berkenaan dengan bacaan jawi dan Al-Quraan, ianya akan datang dengan sendiri, apabila mengikuti kelas di Sek Agama Integrasi tu. Berkat doa ibubapa, saya percaya Syabil Iman akan berjaya mengatasi masalah itu. Kita sebagai ibubapa kena beri sokongan dan bantuan saja kepadanya.
Posted by: ARIF JAIS | 04/26/2010 at 12:54 PM
Salam,
Saya kagum dgn ketabahan En. Arif suami isteri.
Anak saya Izz Danish 7 tahun disahkan dyslexia-learning dificulties setelah menjalani inteligent test pada june lalu di PPUM oleh Prof Aili Hanim dan sekarang under medication SRATERA
Posted by: roza shafirul | 07/14/2010 at 02:08 PM